KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Liew Daren berkemungkinan besar tidak beraksi menentang juara bertahan Viktor Axelsen pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena, Khamis ini.
Pemain di kedudukan ke-31 ranking dunia yang mara ke pusingan kedua selepas mengatasi Toma Junior Popov dari Perancis 21-15, 14-21, 21-17 selepas pertarungan 59 minit pada pusingan pertama semalam, mungkin terpaksa menarik diri akibat kecederaan betis kanan yang dialaminya sejak sebulan lepas.
Pemenang pingat gangsa Kejohanan Badminton Dunia 2018 itu bagaimanapun berharap kecederaan yang telah dialami sejak sebulan lepas, mampu sembuh sepenuhnya bagi meneruskan perjuangan dalam kejohanan bertaraf Super 1000 di hadapan peminat badminton tanah air.
"Sudah sebulan sebenarnya saya tidak berlatih sebab kecederaan betis kanan yang cedera semasa latihan berlari. Memang kemungkinan akan tarik diri, tapi belum mengambil keputusan lagi, kena tengok pemulihan macam mana sebab esok pasti lebih sakit.
"Kalau jalan pun masih sakit pada esok dan Khamis, tiada guna (teruskan) sebab tak boleh gerak. Masa main tadi memang dah sakit, saya pun tak lompat tadi main satu kaki sahaja," katanya kepada pemberita.
Mengikut undian kejohanan, Daren, 36, dijadualkan beraksi menentang sama ada pemenang pemain nombor satu dunia, Axelsen atau Rasmus Gemke (ke-21 dunia), kedua-duanya dari Denmark.
Daren juga tidak menolak kemungkinan penampilannya dalam Terbuka Malaysia kali ini adalah yang terakhir dalam kejohanan sama sebelum mengumumkan persaraan dari arena badminton yang belum ditentukan tarikh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023
Daren ketika beraksi menentang Toma Junior pada perlawanan badminton Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena Bukit Jalil, 10 Jan 2023. --fotoBERNAMA
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
AWANI Ringkas: 10 kes strok haba di Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
600,000 pelarian rayu perlindungan, Israel dakwa tiada krisis kemanusiaan
Tentera Zionis bukan sahaja bertindak kejam dengan mengebom bandar di selatan Gaza, Rafah, tetapi juga di bahagian utara dan tengah, yang sebelum ini diisytiharkan kawasan selamat bagi pelarian Palestin.
Nasihat Chong Wei bantu Zii Jia juarai All England
Zii Jia mengakui, Chong Wei kerap berhubung dengannya untuk memberikan kata-kata semangat.
All England: Zii Jia tewas kepada Viktor Axelsen di separuh akhir
Dalam perlawanan separuh akhir itu, Zii Jia tewas 21-17, 13-21, 19-21 kepada Viktor, di Arena Birmingham, England.
Chong Wei sekat Axelsen ke separuh akhir Terbuka Malaysia
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mudah menyekat laluan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen untuk meneruskan saingan ke separuh akhir Kejohanan Terbuka Malaysia 2018 di sini, malam ini.